YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, 22 February 2017

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)

          Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-90 kini telah tamat. Di bawah rangka ini, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-90).Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969.Dasar ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di Negara ini.

           Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru (DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidak¬seimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangka dasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi untuk tempoh sepuluh tahun akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Semasa menggubal DPB, Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan berbagai pihak termasuk Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.

           Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara.Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan Negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.






Rancangan Malaysia (RM)
         
     Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

           Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

OBJEKTIF/MATLAMAT :

Memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu (khususnya timah dan getah)


PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Penubuhan 2 agensi kerajaan :
Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar


RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)


OBJEKTIF/MATLAMAT :

Memperbaiki kemudahan asas & infrastruktur luar bandar.
Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah FELDA
Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar dapat dikurangkan.
Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka & mengurangkan pergantungan kepada orang tengah


PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan
Peruntukan pembangunan ditambah dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama.
Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara


RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

OBJEKTIF/MATLAMAT :

Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk Malaysia (Tanah Melayu, Sabah & Sarawak).
Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia & kepelbagaian program dalam pembangunan ekonomi.


PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Beberapa buah agensi kerajaan telah ditubuhkan :
Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966
Bank Bumiputra 1966
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
Lembaga Penasihat Tarif & Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)


OBJEKTIF/MATLAMAT :

Mengatasi & memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran kejadian peristiwa 13 Mei 1969


PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Penganalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat membasmi kemiskinan & menyusun semula masyrakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Penubuhan Petrleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974


RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)


OBJEKTIF/MATLAMAT :

Merupakan peringkat kedua pelaksanaa DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baru.
Penekanan kepada isu alam sekitar & keselamatan negara.
PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA pada tahun 1980.
Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA & RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.


RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)


OBJEKTIF/MATLAMAT :

Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar.
Sektor baru diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.


PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
Membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang,Skudai,Bintulu,Menggatal & Likas.
Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia & Pelan Induk Industri (PIP)'.


RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)


OBJEKTIF/MATLAMAT :

Mencapai perpaduan negara.
Mencapai objektif DEB.
Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan & aktiviti ekonomi yang lain.
Meningkatkan pelaburan asing terutamanya sektor eksport.
Menggalakkan sektor pertanian & luar bandar.


PELAKSANAAN/KEJAYAAN :

Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.
Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

                                                   

                                                                          Rujukan :






Lampiran :










No comments:

Post a Comment

Tumblr Mouse Cursors
Robot Unicorn