YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, 20 February 2017

PENGAJIAN MALAYSIA BAB 5 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA



Nama Pelajar : Nurul Izzatul Ain Bt Mohd Zain (02DSK16F2013)
Tuan Norsyazreena Bt Tuan Noryadi (02DSK16F2005)
Nor Syamira Bt Mohamed Anuar (02DSK16F2027)
Nur Ain Raziah Bt Mohd Radzi (02DSK16F2035)

Nama Pensyarah : Puan Razana






Sejauh mana pengetahuan anda mengenai dasar Ekonomi Baru (DEB) ?

PENGENALAN

Ekonomi negara Malaysia telah berkembang dengan pesatnya semenjak negara mencapai kemerdekaan. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar Malaysia telah berkembang secara purata 6.5% dalam tempoh 1957 hingga 2005. Pertumbuhan ekonomi yang mapan ini disumbangkan oleh perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor pertanian tradisional kepada sektor ekonomi moden iaitu perindustrian, perkhidmatan dan yang terkini ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi).

Perkembangan pesat ekonomi negara adalah berpunca daripada pelbagai dasar ekonomi negara yang telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, masih wujud beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditangani. Antaranya adalah untuk menilai sejauhmana perlaksanaan dan keberkesanan dasar pembangunan dan dasar penstabilan seperti dasar fiskal, monetari dan perdagangan yang telah dilaksanakan.








   DASAR EKONOMI BARU

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990).[1] Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan RM2 dan berakhir dengan RM5.

Sebagai satu dasar, DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”[2], iaitu:

i.        Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii.             Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.






12.1.1 ASPEK KEMISKINAN

Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan di kawasan bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:

i.              Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.
ii.             Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia.
iii.            Saiz isi rumah yang terlalu besar.
iv.           Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit.
v.            Kekurangan input yang dapat meningkatkan  pengeluaran.
vi.           Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.

Secara keseluruhan, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah DEB seperti:[3]

i.              Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur.
ii.                Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
iii.         Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan.
iv.           Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).
v.            Memodenkan kehidupan di luar bandar.
vi.           Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
vii.          Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagai-bagai kaum.
viii.         Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.


12.1.2 PENCAPAIAN DEB DALAM USAHA MEMBASMI KEMISKINAN

Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan beberapa strategi telah digariskan. Antaranya:

Pertama:        Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan Bandar

a.         Kemiskinan di luar bandar

Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebu kecil, penanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Bidang-bidang lain juga turut menunjukkan kekurangan.

b.         Kemiskinan di bandar

Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan.


Kedua:            Pembasmian kemiskinan mengikut negeri

Jadual di bawah menggambarkan dengan jelas bagaimana kadar kemiskinan di setiap negeri dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah DEB dipraktikkan dan seterusnya.[4]


Kadar kemiskinan mengikut negeri, 1976, 1987, 1995 dan 2000



1976
1987
1995
2000
Negeri
Kadar Kemiskinan
(%)
Kadar Kemiskinan
(%)
Kadar Kemiskinan
(%)
Kadar Kemiskinan
(%)
 Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Sabah
Sarawak
29.0
61.0
67.1
32.4
33.0
38.9
32.4
43.0
59.8
22.9
60.3
  9.0
58.3
56.5

11.1
31.1
31.6
11.7
21.5
12.3
12.9
19.9
29.1
  8.9
36.1
  5.2
35.3
  2.7
  3.1
12.7
22.9
  5.3
  4.9
  6.8
  4.0
  9.1
11.8
  2.2
23.4
  0.5
22.0
10.0
  2.5
13.5
18.7
  5.7
  2.5
  5.5
  2.7
  9.5
13.3
  2.0
14.9
  2.3
20.1
  6.7






Ketiga:            Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu Kehidupan

Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat bertambah baik. Misalnya, dalam aspek kesihatan kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan.
Jangka hayat penduduk juga kian bertambah. Dalam aspek pelajaran pula, bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak. Begitu juga dengan kadar masyarakat yang kenal huruf.

Bagi kemudahan-kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan  bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna kian meningkat.







12.1.3 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.

Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama telah digubal sebagaimana berikut:

i.              Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.

ii.             Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan   Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden.

iii.            Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan bumiputera) dan bakinya rakyat asing.

iv.           Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum negara menjelang 1990.[5]


12.1.4 PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT

Semenjak pelancaran DEB, kemajuan yang dicapai agak besar. Pihak yang bertanggungjawab iaitu pemegang-pemegang amanah telah berjaya membantu meningkatkan produktiviti dan daya pengeluaran Bumiputera dalam semua sektor terutamanya melalui pembiayaan pelaburan, program-program usahawan, dan lain-lain perkhidmatan bantuan.

Penyertaan secara langsung dalam sektor ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera.[6] Antara kejayaan dan pencapaian yang diperoleh dalam usaha ini ialah:

i.          Peningkatan Dalam Pendapatan Dan Menyusun Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum

Pendapatan kaum Bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pendapatan kaum Bumiputera pada tahun 1970 berjumlah $172 sebulan meningkat kepada $ 614 pada tahun 1987.
Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% (1970) kepada 17.3% (1987). Pada tahun 1995, kadar kemiskinan telah menurun dengan kadar 8.7% dan menjelang tahun 2000, iaitu pencapaian daripada Rancangan Malaysia Ke-7, kadar kemiskinan di Malaysia hanya 7.5%.

Selain itu, peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB ini terbukti apabila didapati inflasi berjaya dkekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada tahun 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990.


ii.         Penyusunan semula corak guna tenaga

Dalam kumpulan “Ikhtisas dan Teknik” didapati amat kurang kaum Melayu taupun melainkan guru. Oleh itu, lebih ramai orang Melayu diserapkan supaya tidak mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum Cina.


iii.        Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat

Golongan Bumiputera amat sedikit dalam permodalan  ataupun memegang mana-mana saham syarikat. Justeru, orang Melayu digalakkan untuk menyertai sektor ini. Hak milik modal saham ini secara keseluruhan dapat dilihat melalui


Hak milik modal saham (nilai PAR) syarikat-syarikat berhad (%)

Kumpulan Hak Milik
1971
1988
1990
2000
Pemastautin Malaysia
Bumiputera
Bumputera peseorangan
Agensi amanah
Bukan Bumiputera
Pemastautin Asing
     38.3
       4.3
       2.6
       1.7
     34.0
     61.7
75.4
19.4
13.0
  6.4
56.0
24.6
   76.3
   19.6
   13.6
     6.0
   56.7
   23.7
    59.4
    19.1
    17.4
      1.7
    40.3
    32.7
Jumlah (juta)
$654 j
$97 971 j
$111 273 j
$ 310 076.4 j

Sumber:   Malaysia Kita, INTAN, KL, 1991, hlm. 739. Dipetik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-5 dan Rancangan Malaysia Ke-8




iv.        Pencapaian-pencapaian Lain

Pencapaian yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dan luar bandar. Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga kian meningkat, misalnya daripada 41.3% (1985) kepada 44% (1988).

Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti “perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama” .

No comments:

Post a Comment

Tumblr Mouse Cursors
Robot Unicorn